Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida turut dilihat hadir ke majlis berbuka puasa bagi meraikan para pekerja di syarikat perusahaan mereka meskipun baru seminggu menjalani proses berpantang.
Menurut Shahida, majlis yang diadakan pada setiap tahun ini juga bertujuan untuk menyampaikan bonus bersempena sambutan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Semalam meraikan kakitangan saya di majlis buka puasa anjuran syarikat kami.
“Alahmdulillah seronok dapat meraikan kakitangan dan ahli keluarga mereka di majlis malam tadi di majlis berbuka puasa dan majlis pemberian bonus yang memang diadakan setiap tahun selama 15 tahun kami berniaga,” tulisnya
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada enam orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Shahida turut mendedahkan dia tetap hadir ke majlis berkenaan kerana ia telah dirancang lebih awal.
“Dah rancang awal tapi sebab dah bersalin awal kan. Gagah juga datang. Baru seminggu berpantang tetap saya gagahkan diri demi meraikan kakitangan yang banyak berjasa pada kami,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Shahida turut memberikan respon terhadap pertanyaan seorang individu mengenai tips penjagaan badan selepas bersalin.
“Kena rajin tunku dan pakai bengkung. Kalau lepas bersalin memang ngeri tengok perut sendiri. Macam tak keluar babynya. Sama sahaja besar,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Shahida yang dilihat bertenaga dan berseri walaupun baru sahaja melahirkan cahaya kata keenam.
“MasyaAllah, lepas beranak terus cantik macam ni.
“Kuatnya badan. Lepas bersalin. Syukur.
“Dalam pantang pun cantik.
“Makin ramai anak, makin cantik. Betullah agaknya orang kata.
“Kuat betul semangat puan. Semoga sihat selalu,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Shahida telah selamat melahirkan bayi lelaki secara normal tepat jam 2.40 petang disebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Sekadar informasi, Aliff dan Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahburan.my
Leave a Reply