Bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman dan isteri, Tom telah dijemput sebagai tetamu dalam program geng ngaji di sebuah stesen televisyen.
Fuad pandai mengaji
Menerusi video yang telah dimuat naik semula oleh Tom dilaman TikTok, memaparkan mereka sedang berinteraksi bersama hos program tersebut menerusi panggilan video. Fuad kemudian diminta untuk mengalunkan beberapa baris ayat al-Quran.
Paling menyentuh hati apabila, pemilik nama sebenar Mohamed Fuad Abdul Rahman itu membaca ayat al-Quran dengan sangat baik dan merdu.
Dalam pada itu, di kapsyen video tersebut Tom mengakui bahawa dirinya masih lagi belum lancar mengaji seperti suaminya.
Fuad sahaja yang mengaji, Tom tak pandai sangat lagi.
Netizen kagum
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang mengagumi akan kebolehan penyanyi berasal dari Singapura itu membaca al-Quran, malah ada juga yang sebak.
Terbaik, Alhamdulillah. Sebab itulah kita tak boleh menilai dari luaran, semua ada kelebihan masing-masing.
Yang bertatu belum tentu jahat, yang tidak bertatu pun belum tentu baik.
Bergenang airmata kakak, insyaa-Allah Tom ada suami untuk bimbing Tom. Semoga Allah memberkati rumah tangga kalian berdua.
Sebak tengok Fuad mengaji, sedap suara dia. Semoga kalian berbahagia. Jangan menilai dari luaran hanya Allah yang tahu.
Sekadar info, sebelum pasangan ini berkahwin pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia, mereka pernah menjalinkan hubungan sekitar tahun 2005. Namun, percintaan mereka terputus pada tahun 2010, setelah Fuad dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.
Mereka kembali bersatu selepas kedua-duanya menyertai program GV9.
@rajakingtom #gengngaji #astroria #live #gegarvaganza9 #tomfuadrahman #fuadrahmantom #tomfuadrahman #tomgv9 #singapore
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply