Penerbit dan pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin berpendapat bekas penyanyi Mizz Nina bijak di dalam mengawal ujian yang dihadapinya tanpa perlu membuka pekung sesiapa.
Menurut Shahrulezad yang sinonim disapa sebagai Budak Ijat, atas hal tersebut, wargamaya juga tidak turut sama terheret dalam membuat spekulasi yang boleh mendatangkan d0sa.
“Mizz Nina jugak yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahukan tanpa melondehkan aib masing masing di depan kita semua.
“Tahu tahu settle dan move on. Dan kita pun tak berd0sa kepoh sama,” tulisnya menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Facebook miliknya buat tatapan umum.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima ratusan komen dan dikongsikan kembali wargamaya.
Meski Shahrulezad tidak menyentuh nama atau membandingkan mana-mana pihak, namun ruang komen dipenuhi dengan reaksi pelbagai pengguna Facebook.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahiburan.my
Leave a Reply