Makan budu, nasi kerabu… patutlah Pak Arab di Madinah ini lancar kecek Kelate! – “Uzbekistan dengan Kelantan sebelah-sebelah”

BAGI yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci di Makkah dan Madinah, bukanlah sesuatu perkara luar biasa apabila terdengar orang berbangsa Arab khususnya peniaga bertutur dalam bahasa Melayu.

Kebolehan itu adalah disebabkan kedai mereka sering menerima kunjungan jemaah yang mengerjakan ibadah haji atau umrah dari Malaysia mahupun negara serumpun seperti Indonesia, Singapura dan Brunei untuk membeli belah.

Namun dalam satu video yang dikongsikan seorang lelaki, kepetahan seorang ‘Pak Arab’ bertutur dalam dialek Kelantan benar-benar membuatkan rata-rata warga maya ‘terlopong’!

Mana tidaknya, bukan hanya sepatah dua perkataan sahaja, sebaliknya dia begitu lancar bertutur dalam loghat negeri pantai timur tersebut.

“Nak coklat kurma murah di sini. Hargo pecoh kepalo. Sek sek kita jange pecah. Kita sekampung ore Kelate. Suko makey budu sama nasi kerabu (Harga pecah kepala. Orang kita jangan berpecah. Kita sekampung orang Kelantan. Suka makan budu dengan nasi kerabu”, demikian kata lelaki berkenaan.

Sehingga kini video tersebut yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, difahamkan kakitangan agensi pelancongan yang membawa jemaah Malaysia ke Tanah Suci, meraih melebihi 221,000 kali jumlah tontonan.

Dek kerana video berkenaan tular, warga maya tertanya-tanya dari mana lelaki tersebut berkebolehan bertutur dialek Kelantan dengan lancar.

Sebagai menjawab pertanyaan netizen, pemilik video berkenaan memuat naik satu klip video berasingan untuk merungkai persoalan yang bermain di minda mereka.

kelate 2

Lelaki ini melayani pelangganya yang merupakan orang Malaysia.

“Macam mana you (kamu) pandai cakap Kelantan?” demikian soalan yang diajukan kepada lelaki berkenaan dalam pertemuan selanjutnya.

“Orang yang datang haji ramai orang Kelantan berbelanja di sini… kito (saya) jadi pandai boleh kecek Kelantan (bertutur). Suka makan budu juga dengan nasi kerabu… sedap sangat,” jawabnya.

Difahamkan, lelaki tersebut bekerja di sebuah kedai yang menjual manisan serta kurma di Madinah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Namun begitu, dia bukanlah berbangsa Arab sebaliknya berasal dari Uzbekistan.

“Ambo (saya) bukan orang Arab cuma lahir di Madinah. Uzbekistan dengan Kelantan sebelah-sebelah,” ujarnya merujuk kepada sebutan ‘tan’ pada negara kelahirannya yang mempunyai persamaan dengan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Ternyata warga maya begitu teruja kerana dialek Kelantan turut menjadi bahasa popular di negara luar.

komen kelate

Netizen turut sama terhibur dengan perkongsian video tersebut.

“Kelantan terkenal di mata dunia.

“Hebat Kelantan ada di mana-mana walaupun yang ini Kelantan Shopee.

“Kelantan language go international. Mantap!

“Bangga ambo (saya) jadi orang Kelantan,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*