Ramai yang tertanya-tanya mengapa tidak nampak kelibat pengarah sensasi, Syamsul Yusof sewaktu sambutan hari jadi anaknya perempuannya, Suamayyah kelmarin.
Sambutan yang diraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dilihat ringkas hanya bersama ahli keluarga dalam sebuah majlis yang diadakan di Restoran Haslam.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, difahamkan pelakon berusia 38 tahun tersebut memuat naik beberapa keping gambar sekitar sambutan secara kecil-kecilan itu selepas selesai berbuka puasa.
Turut kelihatan ibu bapa Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh selain mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta beberapa ahli keluarga lain.
Walau bagaimanapun, kelibat suaminya yang juga pengarah popular, Syamsul Yusof tidak kelihatan menerusi koleksi gambar berkenaan.
View this post on Instagram
Susulan itu, ramai pengikut mempersoalkan tindakan Syamsul yang tidak hadir menyambut hari lahir puteri kesayangannya sedangkan besan pula saling merapatkan hubungan dan memberi sokongan antara satu sama lain.
Malah paling s4yu melihat wajah anak-anak mereka yang meraikan
View this post on Instagram
Tidak kurang juga, rata-rata netizen mengungkit semula kenyataan pengarah filem Mat Kilau itu yang kecewa apabila tidak dapat bersua muka dengan Puteri Sarah ketika melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini.
Malah segelintir netizen menyifatkan inilah masa yang sesuai untuk Syamsul tampil menjernihkan keadaan sekali gus dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga.
Difahamkan Syamsul kini sedang sibuk melakukan penggambaran filem terbaharunya The Original G4ngster yang turut menjadi bualan hangat mengenai perbal4hannya dengan Datuk Aaron Aziz baru-baru ini.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply