Sebut sahaja nama selebriti terkenal, Neelofa bukan sahaja bekas pengacara MeleTOP yang menjadi perhatian malah, ahli keluarganya yang lain juga turut dikenali ramai.
Dalam pada itu, Ameera Khan dan Athisha Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan kedua mereka sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.
Kredit foto:
Baru-baru ini, Atisha Khan dilihat ada memuat naik video menjawab soalan yang diajukan oleh pengikutnya di Instagram. Namun, satu soalan ini menarik perhatian apabila keluarganya digelar ‘Kardashian Kelantan.
Meskipun Atisha dilihat teragak-agak untuk menjawab soalan berkenaan, namun dia memberikan jawapan jujur dimana dia tidak ambil peduli dengan gelaran diberikan netizen.
Ujarnya, mungkin gelaran itu diberikan kerana jumlah ahli keluarganya yang ramai dan mungkin juga kerana pelbagai ‘drama’ yang berlaku dalam keluarga mereka.
“Saya tak tahu, saya tak peduli sebenarnya. Sebabnya saya tak rasa sesiapa cuba menjadi seperti orang lain pun. Saya tak pasti. Kalau bukan kami pun, sesiapa sahaja boleh diberi gelaran tersebut. Tapi kali ini, kami yang kena,” katanya.
Dalam pada itu, gadis berusia 23 tahun itu berkata dia kini sedang belajar cara untuk tidak mengendahkan kata-kata sedemikian, namun dia mengakui dirinya seorang yang susah untuk menepisnya.
‘Vaks1n Tak Nak Percaya, Neelofa Kardashian Kelantan Percaya Pula?’ – Neelofa
Beberapa hari lepas, nama pelakon dan pengacara, Noor Neelofa kembali menjadi bualan netizen. Ini kerana, netizen mendakwa mereka terlihat semula cincin pertunangan di jari manis Neelofa.
Terbaru, bekas pengacara Meletop ini sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila dia dipercayai memuat naik satu tweet berhubung situasi semasa iaitu vaks1n Cov1d-19.
Neelofa Kardashian
Seiring dengan situasi semasa, segelintir pihak didakwa mempunyai perasaan ragu-ragu terhadap vaks1n Cov1d-19 yang bakal diterima tidak lama lagi. Oleh itu, netizen mula menunjukkan kreativiti mereka dengan mencipta pelbagai ayat yang bermula daripada ‘vaks1n tak nak percaya…’.
Tidak mahu ketinggalan, Neelofa dilihat turut serta berkongsi tweet menggunakan ayat yang sedang trending itu. Ayat yang dikongsi oleh Neelofa itu ternyata mencuri tumpuan netizen. Bahkan, mereka turut mendakwa Neelofa sememangnya sedar dirinya dan keluarga digelar ‘Kardashian Kelantan’ oleh pengguna media sosial.
Neelofa kahwin percaya pula
Sumber: Neelofa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : CARI
Leave a Reply