Sambut hari lahir pada tarikh lahir yang sama, Ajak Shiro titip ucapan istimewa buat 3 anak tercinta

Pelawak, Ajak Shiro meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran tiga orang anak tercinta iaitu Jad Thaqiff, Had Thaqiff, Nada Soffea.

Menerusi laman sosial Instagram, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi bin Razak memuat naik gambar satu video sambutan hari lahir tersebut bersama isteri dan anak tercinta untuk tatapan umum.

Menurut Ajak, dia berharap ketiga-tiga anaknya itu membesar jadi insan berguna, soleh solehah serta menjaga ukhwah sesama adik beradik sampai akhir hayat.

Selain itu, Ajak juga mengharapkan dia dan isteri akan cuba jadi yang terbaik buat ketiga-tiga anaknya itu serta berdoa semoga Allah merahmati mereka sekeluarga.

“Selamat hari lahir buat semua anak2 Baba.. Jad, Had, Nada. Kalini unik sikit kita sambut dengan Nenek dalam bulan Ramadhan. Semoga membesar jadi insan berguna soleh solehah dan jaga ukhwah adik beradik kamu sampai akhir hayat kamu semua…

“Baba dengan Ibu akan cuba jadi yang terbaik buat kamu bertiga..Semoga Allah merahmati kita

“25 Mac 2010 Jad Thaqiff
“25 Mac 2013 Had Thaqiff
“25 Mac 2015 Nada Soffea,” tulis Nana di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat ribuan tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk ketiga-tiga anak Ajak Shiro.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram ajakshiro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*