[VIDEO] ‘Nasib Dia Tak Telan’ – Harris Annuar Terkejut Asha Jil4t Sabun, Netizen Risau Dengan Kesihatan Bayi

Pelakon Harris Annuar sering kali berkongsi kerenah isterinya, Asha Merican yang sedang hamil anak pertama.

Mengidam level lain

Terbaru, Harris mendedahkan tabiat pelik Asha yang mengidam ‘makan’ sabun selepas suka bau simen dan ingin bermain lato-lato.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Harris, 30, memuat naik video perbualan bersama Asha. Aktres berumur 26 tahun itu meminta Harris untuk bau mulutnya yang berbau sabun.

Cerita Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, Asha hanya menjilat sabun itu kemudian melvdahkan kembali lalu kumur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)


Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet risau dengan perbuatan Asha kerana dikatakan boleh mengundang bahaya kepada bayi dalam kandungan.

Ada juga peminat yang menasihati pelakon drama The Hotel untuk tidak terlalu melayan keinginan yang aneh.

Untuk rekod, selepas empat tahun menjalin kasih, Harris dan juga Asha telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*