Dapat ‘hadiah’ order burger lewat malam, berdekah gelak masa buka bungkusan – “Buatan orang ni bang, mungkin bomoh intern”

Makanan seperti burger jalanan selalunya menjadi pilihan ramai terutama pada waktu petang dan malam.

Bukan sahaja kerana harganya murah dan sedap, ia juga merupakan salah satu makanan yang mudah dibeli di mana-mana dan yang penting mengenyangkan.

Jika kita lapar pada waktu malam misalnya, burger jalanan pasti yang pertama akan terlintas dalam kepala kerana kebanyakan gerai akan dibuka sehingga lewat malam.

Namun, ada kisah mencuit hati yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok mengenai burger jalanan yang dibeli dari sebuah gerai yang tidak dinyatakan lokasi.

Mana tidaknya, burger yang dibeli mempunyai ‘topping istimewa’ dan mungkin juga ia ‘hadiah’ yang diberikan penjual apabila pelanggan membuat pembelian.

Menerusi video dikongsikan, dapat didengar pelanggan membuka bungkusan tersebut sambil ketawa selepas mendapati terdapat satu stapler di atas roti ban burger yang dipesan.

“Beli burger dapat free gift. Itulah order malam-malam buta lagi.

“Kasihan brother (peniaga) tu lepas ni dia nak stapler pesanan pelanggan melalui GrabFood kena beli baharu,” tulisnya pada video tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan dibuat oleh pelayar berkenaan kejadian itu.

Stapler tersebut dipercayai digunakan peniaga untuk mengepil resit pembayaran pada makanan dihantar.

Kemungkinan besar peniaga tersebut tidak sengaja meletakkan stapler itu sewaktu membungkus burger yang dipesan pelanggan.

Dipercayai stapler tersebut digunakan untuk mengepil resit pembayaran pada plastik untuk rujukan penghantar makanan.

“Hati-hati ya kalau makan,” kata salah seorang rakannya di dalam video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Video berkenaan mencvri tumpuan netizen apabila mendapat lebih 22,000 tanda suka dengan 500 lebih komen setelah disiarkan.

“Ni buatan orang ni bang. Mungkin b0moh intern.

“Kena pulangkan balik. Owner tu cari.

Komen netizen di TikTok.

“Diaorang dah tak main sup bunjut dah sekarang ni,” komen netizen pada video.

Mungkin juga peniaga tersebut tidak perasan yang dia meletakkan stapler itu bersama burger kerana waktu sudah lewat malam dan dia keletihan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*