Hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih, itulah ayat yang selalu digunakan untuk sesiapa yang tidak suka berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan.
Tanpa usaha yang gigih, sesiapa juga tidak akan mencapai hasrat yang diinginkan. Jika kita dah bertekad apa jua rintangan dan ujian yang mendatang akan ditempuhi dengan penuh ketabahan.
Itulah yang dapat digambarkan apabila kegigihan sepasang suami isteri yang mengayuh basikal sejauh beribu batu dan merempuh perjalanan sehingga 15 bulan untuk pergi ke tanah suci Mekah. Walaupun kini ramai yang memilih untuk ke mekah dengan kapal terbang tetapi pasangan ini bertekad untuk mengayuh ke tanah suci Mekah.
Video yang dimuatnaik di aplikasi Instagram reel itu menunjukkan detik berharga perjalanan mereka untuk merempuh perjalanan dengan hanya menaiki basikal berdua untuk ke mekah, dengan cuaca tidak menentu dan segala rintangan termasuklah mendapat kecederaan, dengan tekad dan semangat yang kental, akhirnya sampai jua ke tanah suci Mekah.
View this post on Instagram
Apabila diterjah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi kecekalan dan ketabahan mereka demi mencapai tujuan mereka iaitu menuju ke tanah suci mekah dengan usaha dan kegigihan mereka sendiri.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://www.instagram.com/jentikhati/, sinarviral.com
Leave a Reply