Kekasih pertama anak perempuan sememangnya ayahnya. Jadi tak hairanlah kalau anak perempuan rapat dan manja dengan sang ayah.
Malah, tiada seorang lelaki pun yang dapat menandingi rasa sayang ayah terhadap puterinya.
Mana tidaknya, insan bergelar ayahlah selalu melindungi anak perempuan jika sesuatu berlaku.
Buah hati anak perempuan itu turut enggan membenarkan siapa-siapa pun meny4kiti ayahnya.
Sebab itulah jika kemal4ngan burvk terjadi kepada ayah, anak perempuan yang pertama sekali akan berasa cem4s dan risau.
Persis kisah yang dikongsikan oleh Fattah Amin sendiri di mana anaknya bersama aktres cantik Nur Fazura, Fatima menangis kesedihan.
Rupa-rupanya, punca si cilik itu teresak-esak menangis kerana ternampak ayahnya dipukvl dalam salah satu babak yang dilakonkan dalam filem KL Special Force.
Video yang dimuat naik semula oleh @fattzuralovelife juga memaparkan Fatima tidak henti-henti memanggil ayahnya “daddy daddy” sambil menundingkan jari ke arah kaca televisyen.
Dalam pada Fatima menunjukkan riak wajah gusar, kedengaran suara Fattah cuba menenangkan anaknya itu dan menerangkan kepada Fatima itu hanyalah lakonan semata-mata.
Sejak video ini dimuat naik bulan lalu, jumlah tontonannya berjaya mencecah sehingga 439,988 manakala meraih 14,636 tanda suka di Instagram!
View this post on Instagram
Untuk rekod, pelakon Fattah Amin mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Komen Netizen:
Sumber: yoy
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://infoslikemedia.com/, sinarviral.com
Leave a Reply