Penyanyi Shila Amzah telah dibenarkan pulang selepas lebih dua jam menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat sesak nafas selepas mengadakan konsert di Plenary Hall, KLCC, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Maklum teman rapat Shila, Ubai, keadaan penyanyi wanita itu kini stabil dan akan mendapatkan rehat secukupnya mengikut saranan doktor.
“Sebenarnya Shila dah tak sihat sejak dua minggu lalu dan sehari sebelum konsert pun dia tak okey. Dia mvntah-mvntah sebelum konsert, terutama pada segmen pertama.
“Habis saja konsert, dia luangkan masa bersama penganjur dan penaja di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Kemudian, kami sempat berjumpa untuk minum-minum di restoran lain pula.
“Ketika itulah dia mula sesak nafas! Saya segera menghantarnya ke unit kecemasan sebuah hospital di ibu kota.
“Sepatutnya dia (Shila) ditahan di hospital untuk pemantauan rapi tapi apabila sudah stabil, dia minta izin untuk keluar juga sekitar pukul 5 pagi,” kata Ubai kepada Gempak.
Terdahulu, Ubai mengemaskini akaun Instagramnya memaklumkan keadaan Shila yang sedang menerima rawatan nebulizer serta drip di atas katil sebuah hospital pada awal pagi Ahad.
Sementara itu, ulas Shila, dia bagaimanapun akan lebih mengutamakan kesihatannya dan beranggapan keadaan terbabit sebahagian daripada cabaran sebagai penyanyi.
“Doa yang baik-baik, saya akan cuba sehabis baik. Ini sebahagian daripada cabaran untuk saya menjaga diri dengan lebih baik. Pengajaran juga untuk saya.
“Terima kasih peminat yang doakan saya. Saya perlu teruskan pemeriksaan paru-paru saya, mungkin saya terlalu aktif, dalam masa sama perlu cukupkan rehat.
“Saya pun mungkin akan cuba elakkan berjumpa daripada orang ramai,” ujarnya yang akan meneruskan konsert Shila Amzah Journey To The Future Live Tour pada 3 Jun di Singapura.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply