Serba mewah! Anak umur 5 tahun diberi kejutan sambutan ‘birthday mahal’ di Dubai… ucapan di skrin Burj Khalifa, jumpa Salt Bae

KEJUTAN hari jadi yang bukan biasa-biasa buat seorang kanak-kanak berusia lima tahun apabila diterbangkan ke Dubai dengan menaiki kelas perniagaan.

Video kanak-kanak bertuah itu yang menyambut hari jadinya di sebuah restoran stik terkemuka di Dubai, dengan kemunculan khas chef selebriti, Salt Bae menjadi tular.

“Untung kau dik, akak ni pun orang lupa birthday bila,” demikian salah satu komen netizen yang kagum dengan sambutan mewah itu, menerusi video yang meraih lebih 22 juta tontonan.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kanak-kanak itu, Shaila Adnan berkata, hari jadi anak sulungnya, Muhammad Luth Akbar Muhammad Noraidil sebenarnya pada 7 Februari lalu.

Lebih mesra disapa Sheila, dia bagaimanapun sengaja melewatkan sambutan hari jadi tersebut bagi membuat kejutan dalam kunjungan mereka buat pertama kali ke Dubai.

“Luth (anak) sangat rapat dengan ibu saudaranya iaitu adik saya yang dipanggil Ona. Dia pernah request sejak tahun lepas nak sangat jumpa Ona.

“Ona pula kini menetap di Dubai bersama suami. Luth sebenarnya tak tahu yang kami nak bawa dia ke Dubai sehinggalah dia bertemu dengan Ona,” katanya kepada mStar.

Luth menaiki penerbangan kelas perniagaan, dan dibawa dengan kereta mewah di sekitar Dubai.

Selain penampilan Salt Bae, anaknya turut diberi kejutan menaiki helikopter mengelilingi Dubai dan menikm4ti keindahan di sekitar pulau buatan manusia, Palm Jumeirah.

Antara aktiviti termasuklah sehari di gurun safari dan sepetang di pantai persendirian dekat hotel tujuh bintang yang mewah, Burj Al Arab.

Video yang dimuat naik ibu muda berusia 26 tahun itu turut menyaksikan paparan ucapan hari jadi di skrin Burj Khalifa.

hari jadi mewah anak 3 W

Bersantai di pantai persendirian dekat hotel Burj Al Arab.

Menurut Sheila, ini termasuklah penginapan eksklusif dengan panorama menakjubkan yang menyaksikan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dari bilik hotel.

“Luth memang suka travel serta melihat benda-benda yang lawa. Setiap tahun kami sambut hari jadi dia, tapi kali ini lebih istimewa kerana pertama kali sambutan di luar negara.

“Setiap aktiviti sepanjang percutian selama seminggu ini memang dia tahu apabila dah sampai sini sebab semuanya dia rajin explore di internet.

“Sudah tentu yang paling dia teruja adalah dapat jumpa Ona (ibu saudara),” katanya sambil menambah percutian mereka turut disertai anak perempuannya yang berusia lebih setahun.

Menikm4ti panorama bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa dari bilik hotel.

Enggan mengulas lanjut mengenai Burj Khalifa, usahawan Kelantan itu berkata, menginap di bilik hotel dengan pemandangan bangunan tertinggi di dunia itu ternyata menggembirakan anaknya.

“Kegembiraan saya sebagai ibu adalah melihat anak-anak saya gembira. Kalau mereka gembira, saya berkali-kali ganda gembira,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Sheila yang mengusahakan bisnes restoran menegaskan bahawa video yang dimuat naik di TikTok itu bertujuan untuk berkongsi kegembiraan menyambut hari jadi anaknya.

“Saya bersyukur ramai juga yang teruja menyaksikan video tersebut dan memberikan kata-kata positif. Bagi saya, kita kena bersyukur dan apa yang baik boleh dijadikan inspirasi.

“Mak ayah ada cara masing-masing untuk menggembirakan anak mereka selagi berkemampuan. Begitu juga yang saya lakukan untuk menggembirakan anak saya,” katanya.

Kiri di gurun safari, dan kanan di pulau buatan manusia Palm Jumeirah.

Ditanya mengenai kos percutian dan sambutan hari jadi selama seminggu di Dubai, kata Sheila hanya berkongsi ‘enam angka’.

“Budak-budak tak tahu pun berapa kita berhabis. Sama je sambut kat rumah atau kampung. Tapi ini percutian keluarga, menjadikan sambutan hari jadi lebih bermakna,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*