Tokti Segera Buat Swab Test, Risau Keselamatan Keluarga

Sehingga 20 Januari, sebanyak 4,008 kes baharu COV1D-19 dicatatkan di seluruh Malaysia dan perkara itu semakin membimbangkan masyarakat.

Image

Disebabkan itu, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mengambil keputusan untuk membuat ujian saringan COV1D-19 bersama dengan ahli keluarganya yang lain.

“Alhamdullillah… Syukur, saya & keluarga buat swab test untuk memastikan kami sekeluarga bebas dari cov1d .. Semoga terus di lindungi untuk waktu-waktu kehadapan dengan menjaga dengan ketat SOP yang telah di tetapkan oleh KKM.”

Sebagai langkah berjaga-jaga, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ti dengan segera melakukan swab test PCR dan Antigen bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan pantas.

Ramai peminat setia Tok Ti turut meluahkan rasa syukur atas berita tersebut dan berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

Ada baik juga sebenarnya apa yang dilakukan oleh Tok Ti ini, lebih-lebih lagi ketika ini beliau sedang hamil dan bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tak diingini.

Apa pun, terus kekal berada di rumah dan sekiranya anda mempunyai gejala dijangkiti v1rus tersebut, segera ke klinik berhampiran untuk membuat ujian saringan.

Sumber foto: Twitter KKM dan Instagram TokTi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*