Pemilik MPV tunjuk reaksi tak disangka selepas ‘soal siasat’ rider l4nggar keretanya – “Saya dah buat salah, takkan nak lari”

PASTINYA ramai yang biasa mendengar ungkapan, ‘permudahkan urusan orang lain, kelak urusan kita pula akan dipermudahkan’.

Ungkapan berkenaan sesuai sekali menggambarkan situasi yang dialami oleh seorang pekerja penghantaran makanan (food delivery) ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang juga TikToker, @onsir11 di aplikasi TikTok, dia sempat merakam insiden seorang pekerja penghantaran makanan yang tidak sengaja terl4nggar kenderaan miliknya.

Dia yang dikenali sebagai Andrew Cheah itu kemudian keluar dari kenderaan jenis MPV miliknya sejurus berlaku kemal4ngan kecil itu untuk memeriksa jika terdapat kerosakan.

Dia kemudian mendapati perl4nggaran tersebut menyebabkan bahagian ‘skirting’ kenderaannya terkeluar dari kedudukan asal.

Dalam masa yang sama, pekerja penghantaran makanan yang melanggar kenderaannya turut memarkir motosikal serta berdiri di sisinya untuk memohon maaf dan mahu membayar ganti rugi ak1bat kemal4ngan tersebut.

grab 3

Andrew enggan menerima wang atau ganti rugi daripada pemuda tersebut.

“Kenapa tadi kamu tak lari?” tanya Andrew kepada pemuda yang berada di sisinya, ketika mereka sama-sama meletakkan kenderaan di tepi jalan.

“Saya dah buat salah, takkan nak lari,” jawab pemuda berkenaan pula.

Jawapan yang terkeluar daripada mulut pemuda berkenaan membuatkan Andrew kagum, lantas dia sempat bertanya berapa kos yang mampu dibayar atas kerosakan berkenaan.

Namun pemuda itu berkata dia menyerahkan semuanya kepada Andrew untuk menentukan kos yang diperlukan untuk membaiki kerosakan kenderaannya.

“Sehari kerja dapat berapa? Umur kamu berapa? Kenapa tak kerja lain selain Grab?” demikian beberapa soalan yang sempat ditanya oleh Andrew kepada pekerja penghantaran makanan berkenaan.

Menjawab soalan yang ditanya, pemuda itu memaklumkan usianya baharu 19 tahun dan bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan buat sementara, dengan purata pendapatan harian sekitar RM80.

@onsir11

Hari tu kereta Parking tak jumpa , hari ni kereta kena langgar pulak 😄😄😄 #fyp #onsir #tiktok #tiktokviral #bantumalaysia #iklasituindah

♬ original sound – Andrew Cheah 谢华光 – On Sir – Andrew Cheah

Selepas mendengar jawapan pemuda itu, Andrew akhirnya berkata dia tidak mahukan wang atau ganti rugi, sebagai balasan atas ketulusan hati pemuda itu.

Video tersebut sehingga kini meraih 3.3 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok, selain dibanjiri ribuan komen netizen yang tersentuh hati melihat momen berkenaan.

Malah rata-ratanya mendoakan Andrew atas kebaikan hatinya.

grab 2

Antara komen netizen yang terharu dengan kebaikan hati Andrew.

“Semoga rezeki anda masuk banyak lagi selepas ini.

“Kalau semua orang macam ni, aman dunia.

“Terbaik… susah nak jumpa orang macam kamu. Semoga murah rezeki kamu.

“Tak rugi jadi orang yang bertimbang rasa. Akan ada balasan buat orang yang baik,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*