Surat beranak merupakan bukti kelahiran yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Surat beranak juga dikenali sebagai sijil lahir yang merupakan dokumen penting dalam kehidupan seseorang untuk sebarang urusan terutama urusan pengajian dan urusan kerajaan.
Oleh itu, dokumen itu biasanya disimpan rapi di tempat selamat agar boleh digunakan pada bila-bila masa.
Namun lain yang terjadi kepada seorang wanita ini yang mana menyimpan sijil lahirnya sejak bertahun lamanya sehingga terbongkar rahsia nama sebenarnya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok iaitu @lylynrh, dapat dilihat suasana riuh beberapa individu di dalam sebuah rumah ketika berkumpul.
Difahamkan, pada awalnya mereka ingin mencari sesuatu namun terjumpa satu beg bimbit yang sudah 13 tahun tidak dibuka.
Namun alangkah terkejutnya, selepas membuka beg tersebut, mereka terjumpa surat beranak salah seorang mak cik yang digelar mak teh.
Apa yang mencvri perhatian ramai dan mengundang dekah apabila mak cik berkenaan selama ini ingatkan namanya adalah Hadiah, tetapi rupa-rupanya adalah Hapidah. Kini usianya sudah pun 61 tahun selepas mengetahuinya.
@lylynrh Dah 61 tahun woi baru tahu nama sebenar dia 🤣🤣🤣 #fypシ゚viral #fyp #foryou
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat mereka apatah lagi dengan mak cik berkenaan yang menyangka selama ini namanya ‘Hadiah’.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my
Leave a Reply