Selamat ulang tahun – Ucapan Shuib buat Watie

Tanpa perlu lagi berselindung daripada pengetahuan umum seperti sebelum ini, Shuib secara terbuka menonjolkan hubungan istimewanya dengan kekasih yang juga usahawan, Watie Hanifiah.

Buat pertama kali selepas mengesahkan hubungan serius mereka minggu lalu, pelawak dan penyampai radio itu meninggalkan komen pada ruangan kapsyen perkongsian terkini Instagram Watie yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

“Selamat ulang tahun,” tulis Shuib berserta emoji malu.

Watie yang menyambut ulang tahun ke-35 pada hari ini membalas ucapan kekasihnya dengan terima kasih.

Dalam perkongsian tersebut, usahawan itu berkongsi perkara-perkara membahagiakan yang sedang dilaluinya sekarang.

“Bertambah umur, bertambah matang, bertambah kenangan, bertambah tanggungjawab.

“Bertambah pengalaman, bertambah bilangan dan bertambah bahagia (berserta emoji cinta). Alhamdulillah, bertambah syukur. Oh, tertinggal lagi satu, bertambah gemoi (gemvk),” selorohnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)


Ruangan komen Shuib dikerumuni peminat yang rata-ratanya tertarik dengan ucapan duda beranak empat itu selain ada yang cuba mengusik.

Terdahulu pada minggu lalu, Shuib mengesahkan Watie sebagai wanita paling rapat dalam hidupnya kini yang merupakan takdir ditentukan oleh Tuhan.

Kehadiran usahawan itu disifatkan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad sebagai jawapan kepada rahsia masa depannya setelah kem4tian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, lebih setahun lalu.

Sebelum ini, hubungan mereka mula dihidu selepas peminat meneka pasangan itu kerap meluangkan masa bersama seperti menonton konsert dengan berpakaian sedondon.

Bahkan, perkongsian Shuib bergambar bersama anak-anaknya ketika malam makan di sebuah restoran menuai perhatian selepas peminat melihat pantulan imej Watie pada cermin.

Selepas kem4tian Siti Sarah ak1bat c0vldl9 pada 9 Ogos 2021, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita antaranya Wan Sharmila dan Zara Zya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*