[VIDEO] Sakan ‘Shopping’ Barang Hantaran, Raisya Rizrose & Nabil Jeffri Dah Nak Kahwin?

Umum mengetahui, pelakon Raisya Rizrose sudah hampir 11 tahun menjalin hubungan cinta dengan teman lelakinya iaitu Nabil Jeffri, yang juga seorang pelumba kereta Formula 3.

Namun perkongsian Nabil di TikTok baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen.

Raisya Rizrose dah nak kahwin?

Menerusi video pendek yang dikongsikan, kelihatan pasangan merpati dua sejoli ini sedang membeli-belah di beberapa premis jenama terkemuka. Kelihatan Nabil merakam momen teman wanitanya itu sedang memilih beg tangan, kasut, jam tangan, minyak wangi dan sebagainya.

Meskipun tidak memberitahu secara terperinci apakah tujuan mereka ke sana, namun kapsyen ringkas ‘Counting Days’ yang ditulis Nabil di TikTok seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka sedang membeli barang hantaran sebagai persiapan sempena majlis perkahwinan.

Susulan daripada perkongsian video tersebut, rata-rata para peminat meluahkan rasa gembira dengan berita tersebut dan akui tidak menunggu hari bahagia pasangan ini.

Video:

@nabiljeffriofficial

Counting days ❤️

♬ original sound – Nabil Jeffri – Nabil Jeffri

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*