Kejutan ketika berkongsi berita kehamilan kepada suami sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
Momen manis ini biasanya akan dirakam dan dikongsikan di media sosial sebagai kenang-kenangan.
Tidak ketinggalan berbuat demikian ialah ialah wanita ini, yang memberikan hadiah berupa kit ujian kehamilan untuk suami tercinta.
Terbaru menerusi video tular yang dimuat naik menerusi laman tiktok @sitinurrobiatunabdullah, seorang lelaki yang difahamkan baru pulang dari kerja menerima hadiah daripada isterinya tercinta.
Namun apa yang mencvri perhatian ialah reaksi si suami dan tujuan sebenar hadiah itu diberi, dimana di dalam kotak barangan bayi tersebut terdapat kit ujian kehamilan yang menyatakan si isteri sedang hamil.
“Tak terungkap dengan kata, moga baik baik untuk baby & bonda,” tulis @sitinurrobiatunabdullah di ruangan kapsyen.
Video:
@sitinurrobiatunabdullah Sabar itu indah ❤️. Happy 7th Anniversary @panglimamanja. This is for us 🥰. #ttcjourney #7tahunpenantian
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 407.4k tontonan, 35.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri tersebut tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok sitinurrobiatunabdullah
Leave a Reply