Alahan Pelik Sewaktu Hamil, Isteri Harris Annuar Tak Boleh Dengar Lagu Melayu, Suka Bau Simen

Pelakon Harris Annuar yang merupakan anak kepada usahawan terkenal, Kak Ton telah mended4hkan bahawa dia bakal bergelar bapa selepas memaklumkan isterinya, Asha Merican kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.

Pelakon berusia 30 tahun itu telah berkongsi berita gembira tersebut sebaik kandungan isteri memasuki fasa trimester ketiga.

“Sebenarnya isteri saya dah mengandung banyak bulan, tapi kami memilih untuk merahsiakan. Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami kongsi,” katanya.

Bercerita lanjut, Harris yang juga anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau popular dipanggil Kak Ton berkata, isterinya mengalami m4buk atau alahan tertentu yang dianggap sangat unik.

“Isteri saya ada alahan yang pelik, dia tidak boleh dengar lagu-lagu Melayu atau Bahasa Inggeris nanti dia akan muntah tapi itu untuk trimester pertama.

“Tapi kalau nak elakkan dia daripada muntah kena bawa dia masuk ke dalam tangga kecemasan. Bila bau simen akan elakkan dia dari bau muntah.

“Asha juga alahan tidak boleh bau badan saya membuatkan saya terpaksa memakai sabun badannya agar miliki bau yang sama.

“Lebih kelakar lagi apabila kulit dia jenis sensitif dan hanya menggunakan sabun mandi untuk b4yi, jadi dengan saya sekali guna sabun yang sama,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)


Selain simptom berkenaan, Asha juga lebih gemar menikm4ti lauk Asam Pedas selain pernah mengidam untuk makan di depan Pantai Klebang, Melaka.

Sementara itu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut berkongsi kejadian lucu dimana dia menyangka alat ujian kehamilan adalah kit ujian kendiri c0vldl9 sewaktu isterinya melakukan kejutan.

“Saya dengan dia pergi mini bulan madu di Cameron Highland, petang itu saya pergi joging apabila balik dari joging dia buat kejutan dengan letak alat ujian kehamilan bawah selimut.

“Mula-mula saya ingat dia positif c0vldl9 sebab saya tak pernah tengok alat itu. Rupanya dia cakap dia mengandung, menangis juga saya masa itu,” kongsinya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*