Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.
Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.
Terbaru menerusi video tular di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @k.mirahali, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam kereta, difahamkan baru sahaja dijemput oleh ibunya pulang dari sekolah.
Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kanak-kanak tersebut yang secara selamba ‘show off’ keputusan peperiksaan kepada ibunya dengan penuh rasa bangga sekali.
“Budak suka sekolah,” tulis @k.mirahali di ruangan kapsyen.
Video:
@k.mirahali budak suka sekolah😂😂
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 369.5k tontonan, 35.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: tiktok k.mirahali
Leave a Reply