Resam dalam kehidupan rumah tangga pastinya ada pertelingkahan dan sering juga berlaku salah faham berpunca daripada pelbagai faktor.
Pun begitu, bila puncanya adalah disebabkan hadirnya ‘orang baru’ tanpa diundang antara suami dan isteri tersebut, itu lebih menjadikan hubungan semakin p4rah.
Hinggakan baru-baru ini tular berita mengenai isteri pertama menyer4ng isteri kedua bekas pemain bola sepak, Datuk Zainal Abiddin Hassan di kedai mamak.
Susulan itu, isteri kedua iaitu Fyna Jamal telah membuat laporan polis selepas berlakunya pergelvtan terbabit pada hari Isnin, sekitar jam 2.15 pagi.
Difahamkan juga, isteri pertama berasa marah terhadap Fyna kerana perkahwinan bersama suami sama sekali dilakukan tanpa pengetahuannya. Malah, juga merasakan madunya itu meny1ndir dia di dalam program Famili Duo baru-baru ini.
Sokongan Anak-Anak
Pun begitu, tinjauan di Facebook ada sesuatu yang menarik perhatian netizen, apabila anak isteri pertama Zainal Abidin telah memuat naik sebuah gambar mesra dirinya bersama adik beradik duduk bersama ibu tersayang telah mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
“Biar gambar ini berbicara dengan sendirinya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran tersebut, anak Zainal Abidin yang dikenali sebagai Zaifiq Zainal itu seakan menyatakan akan tetap memberi sokongan penuh terhadap ibu yang dicintai susulan isu yang sedang hangat berlaku di dalam keluarga mereka ketika ini.
Sekadar info, bekas pengendali pasukan Melaka United itu telah berkahwin dengan Datin Zalina Haji Zaini sejak tahun 1985 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang bersama.
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan urusan ibu Zaifiq dipermudahkan dan tidak kurang juga berkongsi kata-kata positif untuk keluarga ini.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply