Anak berlari sambut bapa, terus sambar hadiah berkotak-kotak… Bawa motor sebelah tangan pun tak apa, asalkan keluarga bahagia

Penat lelah bekerja seharian terus hilang tatkala menyaksikan kegembiraan anak-anak menyambut kepulangan si bapa.

Tentunya mereka lebih teruja kerana si bapa tidak pulang ke rumah dengan tangan kosong, sebaliknya membawa kejutan yang tidak disangka-sangka.

Apa yang lebih menyentuh perasaan apabila si bapa sanggup menunggang motosikal sejauh 40 kilometer dengan sebelah tangan memegang permainan untuk dihadiahkan kepada anak-anak.

Berkongsi cerita kepada mStar, Fatin Nurul Ain Zaidan berkata, suaminya bekerja selama 12 jam di sebuah kilang di Perai, Pulau Pinang.

Wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, perjalanan sehala ke rumah dari tempat kerja suaminya sejauh 30km, tetapi menempuh laluan dengan tambahan 10km pada hari tersebut.

“Sebelum balik ke rumah, suami singgah ke sebuah kedai permainan sebab ada buat promosi. Walaupun ada sales, bagi saya harganya tetap tinggi.

suami beli mainan anak 2

Anak-anak teruja membuka hadiah permainan.

“Pada mulanya saya tak cadangkan suami beli sebab harganya masih belum cukup murah, tapi suami masih bertegas nak beli untuk anak-anak,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Ain, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, tiada hari istimewa atau sebab tertentu untuk suaminya membuat kejutan seumpama itu.

“Tak perlu tunggu birthday untuk beli hadiah. Bukan pertama kali berlaku, tidak juga setiap bulan… sekadar sekali dalam beberapa bulan,” ujarnya yang berasal dari Taiping, Perak.

Menetap di Kepala Batas, Ain memberitahu sikap penyayang bapa mentuanya juga menjadi inspirasi kepada suaminya yang bekerja sebagai juruteknik untuk melakukan perkara sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Ayah mentua dulu bekerja sebagai pemandu bas, dengan gaji masa tu cuma RM900 sebulan. Tapi ayahnya tetap berusaha untuk anak-anaknya.

“Suami aktif bermain bola sepak dan mewakili sekolah beberapa kali. Ayahnya sanggup beli kasut bola yang mahal untuk beri semangat pada dia.

“Suami kata, dia mahu lakukan perkara yang sama seperti ayahnya,” kata Ain sambil menambah suaminya merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

suami beli mainan anak 3

Ain bersama suami dan anak-anak.

Bukan sekadar anak-anak, bahkan Ain bersyukur kerana turut dihargai suaminya yang masih aktif bermain bola sepak.

“Seumur hidup saya belum pernah naik kapal terbang, sehinggalah kami berkahwin pada 2014. Dia cuba dapatkan tiket masa jualan sangat murah, kami naik flight dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, masa tu baru ada seorang anak pada 2016.

“Dan dua minggu lagi, suami akan bawa kami sekeluarga bercuti ke Semporna, Sabah. Ini merupakan pengalaman kedua menaiki kapal terbang dan pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.

suami beli mainan anak 1

Ain (kanan) bersyukur mempunyai suami yang penyayang.

“Suami bukan orang senang, tapi dia berusaha mengikut kemampuannya untuk bahagiakan saya dan anak-anak,” ujarnya yang merupakan suri rumah.

Jelas Ain lagi, dibesarkan dalam keluarga dengan ibu bapa yang bercerai membuatkan dia lebih menghargai pengorbanan dan tanggungjawab suaminya.

“Apabila suami jaga saya dan anak-anak dengan penuh kasih sayang, saya rasa sangat dihargai. Saya sangat bersyukur dijodohkan dengan dia,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*