Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.
Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.
Terbaru menerusi video tular di laman instagram yang dimuat naik oleh @lya a.naaa, memaparkan seorang kanak-kanak yang baru pulang ke rumah bersama bapanya.
Apa yang mencvri perhatian ialah reaksi kanak-kanak tersebut yang teruja melihat kehadiran bayi di rumahnya, dimana menurut si ibu kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal selama hampir 3 tahun.
“Hampir 3 tahun jadi anak tunggal. Tetibe ada adik. And his reaction so priceless,” tulis @lya a.naaa di ruangan kapsyen.
Video:
@lyana.naaa Hampir 3 tahun jadi anak tunggal. Tetiba ada adik. And his reaction sooo priceless 🥹
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.6 juta tontonan, 176.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: tiktok lya a.naaa
Leave a Reply