‘Beautiful royal couple’, Sultan Selangor, Tengku Permaisuri naik beca di Pulau Pinang raih perhatian

Penang atau Pulau Pinang ialah salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia.

Sesuai digelar Syurga makanan, Pulau Pinang memang menjadi port pilihan ramai untuk dilawati.

Begitu juga dengan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang baru-baru ini berkenan menaiki perkhidmatan beca sambil bersiar-siar di sekitar bandar raya George Town.

Menerusi satu perkongsian di Instagram @selangorroyalofficial, baginda berdua amat teruja dibawa melalui beberapa kawasan tumpuan pelancongan di sana.

Ia termasuklah Lebuh Armenian, sekitar Penang Street Art, Little India, Jalan Masjid Kapitan Keling, Jalan Buckingham, Lebuh Pasar dan Love Lane.

Kredit foto: Instagram selangorroyalofficial

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial)

Posting berkenaan meraih perhatian ramai, rata-rata antara mereka mengatakan pasangan diraja itu humble selain memuji kecantikan Tengku Permasuri.

Ujar mereka;

“Suka sesangat tengok couple ni. Semoga DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Pemaisuri cinta berakhir hingga ke Jannah. Insya-ALLAH.”

“Beautiful royal couple.”

“Bestkan Tuanku naik ETS dan ronda-ronda Penang… Tak sangka Tuanku berdua sangat humble kerja sambil bercuti. Daulat Tuanku.”

“Terbaik Tuanku, nampak begitu santai dan happy.”

“Cantiknya Tengku Permaisuri walaupun dah masuk 50 series umor dia mesti orang-orang kat situ tak perasan atau tak sangka yang Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor mai situ yang gaya depa macam orang biasa, very humble.”

“Masya-ALLAH pasangan yang sangat-sangat cocok dan sungguh humble. Daulat Tuanku.”

Selain itu, baginda dilaporkan berangkat ke Pulau Pinang pada 13 Januari lalu itu menaiki keretapi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Stesen KL Sentral menuju ke Stesen Butterworth.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*