Dalam hidup ini kita perlu merancang untuk kemajuan pada masa hadapan, lebih-lebih lagi setelah hidup berkeluarga. Tidak boleh lagi hanya sentiasa berada ditakuk yang ada tetapi perlu berusaha dengan pelbagai cara untuk menggandakan pendapatan bagi memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga agar kita dapat hidup selesa di masa akan datang.
Begitulah juga dengan Haziq Nadzli dan pelakon Eyra Hazali apabila mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan makanan sebagaimana yang dikongsikan di laman Instagramnya baru-baru ini.
Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 24, meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar pembukaan restoran baharu suaminya, Haziq Nadzli mendapat tempat di hati orang ramai untuk menjamu selera.
Difahamkan restoran tersebut terletak di Bandar Dato Onn, Johor Bahru dan akan mula beroperasi pada 19 Januari ini.
“Alhamdulillah, tahniah sayang. Semoga Allah membimbing dan memberkati anda dalam segala hal. Semoga perniagaan anda berjaya di tahun-tahun akan datang.
“In Shaa Allah restoran kami akan dibuka pada 19 January 2023 ( Khamis ) di Bandar Dato Onn,Johor Bahru. Boleh search Haziq Shell’All’Out di google maps ya. Kedai beroperasi dari 4 petang – 12 tengah malam. Jom datang ramai-ramai,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam hantaran tersebut, Eyra juga ada memuat naik beberapa keping gambar dia dan anak beranaknya berada di sekitar restoran berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah selain mendoakan perniagaan diusahakan pasangan itu akan laris serta berjaya.
Malah tidak kurang pula ada antara peminat pasangan ini menyakat dengan harapan bila berkunjung ke restoran tersebut dapat bertemu dengan kedua-dua anak mereka iaitu Hayder dan Endra yang comel.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply