Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!

Tidak dinafikan pengaruh ibu ayah  adalah antara faktor utama dalam mempengaruhi kecenderungan seseorang anak untuk terlibat dalam bidang kerjaya pilihannya. Hal ini kerana ibu ayah adalah orang yang paling dekat dengan seseorang sejak dari kecil hingga dewasa.

Umpamanya kejayaan yang dikecapi oleh Datuk Yusof Haslam ini diikuti oleh anak sulungnya Syamsul Yusof, yang bergelar pelakon, pengarah serta penerbit yang popular selepas banyak naskha arahannya mendapat hit di pawagam terutama filem Mat Kilau.

Yusof Haslam dan dua anak lelakinya, Syamsul Yusof (kiri) and Syafiq Yusof (kanan).

Pun begitu tak dilupakan  juga dengan anak bongsu pasangan Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatima Ismail  iaitu Syafiq Yusof. Walaupun namanya kurang dikenali  sebagai pelakon, namun Syafiq amat berjaya sebagai seorang pengarah.

Banyak juga filem arahan Syafiq yang menjadi hit di panggung wayang dan antaranya filem Abang Long Fadil 3 dengan mencapai kutipan RM25juta, Abang Long Fadil 2 pula RM18 juta. Manakala KL Special Force berjaya meraih RM12 juta dan Misteri Dilaila dengan RM9juta.

Bukan itu saja, kerana kehebatannya juga menjadikan Syafiq Yusof telah dipilih menjadi pengarah untuk filem Polis Evo 3 yang amat berjaya di Malaysia.

Keluarga Bahagia Syafiq Yusof

Jika ada yang tercari-cari tentang kisah peribadi Syafiq Yusof, seakan kisahnya begitu sedikit dikongsikan di media sosial. Ini mungkin disebabkan dia melalui kehidupan yang sederhana tanpa terpalit sebarang kontr0versi sepanjang berada di dunia seni.

Keperibadian Syafiq yang amat low profile dan rendah diri ini amat dipuji orang ramai.

Dia sebenarnya telah pun berkahwin pada tahun 2014 dengan wanita pilihan hati bernama Aesah Zainal.  Syafiq menjalani hidup dengan tenang dan bahagia bersama dua orang anaknya dan kini difahamkan isterinya sedang hamil anak ketiga.

Ramai yang mendoakan semoga kehidupan bahagia Syafiq Yusof dan isteri, Aesah Zainal, serta anak-anak akan terus kekal.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*