Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini diberikan pelbagai ujian dan cabaran dalam mengharungi hidup mereka.
Ada yang kaya harta akan tetapi ada masalah lain, ada juga yang kurang berkemampuan sehinggakan sukar untuk merasai kesenangan seperti orang lain.
‘Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ itulah peribahasa yang sesuai digandingkan untuk kisah yang ingin dikongsikan pada kali ini.
Tular sebuah video di laman Twitter mengenai dua orang kanak-kanak geland4ngan yang sedang seronok melihat kaca televisyen dipaparkan di sebuah kedai alat elektronik.
Saat kita mampu menjamah makanan yang lazat, tidur di tempat yang selesa, mempunyai serba pakaian yang lengkap, akan tetapi beringatlah masih ada nasibnya di luar sana tidak sama seperti kita.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @KaptanHindustan itu, kelihatan dua orang kanak-kanak geland4ngan itu duduk di luar kedai tersebut sambil menonton televisyen.
Store incharge let's homeless street kids choose what to watch on the display TV every evening. pic.twitter.com/ElOPGL61Fb
— Gautam Trivedi (@KaptanHindustan) January 5, 2023
Dalam video tersebut, kelihatan juga seorang lelaki yang merupakan pekerja kedai berkenaan berdiri di samping kanak-kanak tersebut sambil memegang alat kawalan jauh, lalu memaparkan rancangan kartun kegemaran mereka.
“Pekerja kedai melayani kanak-kanak gelandangan memilih rancangan yang ingin ditonton di televisyen setiap petang,” tulisnya di ruangan kapsyen ciapan tersebut.
Menjengah di ruangan komen, video tersebut dipercayai telah dirakamkan di salah sebuah kedai elektronik yang bertempat di Tamil Nadu, India.
Rata-rata warga netizen memberikan pujian terhadap pekerja tersebut dan menyatakan bahawa sikapnya itu menggambarkan bahawa dia mempunyai hati yang mulia.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://infoslikemedia.com/, sinarviral.com
Leave a Reply