Pelakon, Eyra Hazali meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran suami tercinta iaitu Haziq Nazli.
Menerusi laman sosial Instagram, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali memuat naik beberapa gambar bersama anak dan suami tercinta untuk tatapan umum.
Menurut Eyra, dia mendoakan yang terbaik buat suaminya itu dan berharap pada tahun ini tahun yang akan membawa kejayaan kepada suaminya itu. Selain itu, Eyra juga menyatakan dirinya akan sentiasa bersama suaminya itu tidak kira apa jua yang berlaku.
“Happiest Birthday to my Keeper. You’re truly one of a kind. I wish nothing but the best for you baby. May this year wil turn out tremendously for you. May Allah showers you with His blessings always. No matter what happens,I’m always here with you sayang. I love you so much my keeper,” tulis Eyra di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 39.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Haziq Nazli.
Sekadar info, Eyra Hazali sah bergelar isteri kepada penjaga gawang gol bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Haziq Nadzli.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Khalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : instagram eyra.hazali
Leave a Reply