Sembilan hari kerja keras, hero K-9 didandan

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor pada 16 Disember lalu pastinya menjadi episod dvka rakyat Malaysia.

Dalam proses mencari dan menyelamat (SAR), unit anjing pengesan (K-9) dari Jabatan Bomba Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merupakan aset paling penting.

Unit tersebut telah menjadi ‘hero’ rakyat Malaysia apabila berjaya menjumpai kesemua m4yat yang tertimbus seterusnya menjadikan misi SAR itu sebagai misi yang berjaya sepenuhnya.

Menerusi satu rakaman video Tiktok ipie_ngaranku menyaksikan dua ekor anjing K-9 yang diberi nama Grouse dan Geoffrey yang terlibat dalam misi tersebut dimandi dan didandan menjadi tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, dua anjing K-9 pasukan Bomba itu adalah antara yang terawal dalam SAR dan berjaya menemukan m4ngsa-m4ngsa awal yang tertimbus.

Kedua ekor anjing tersebut kemudian direhatkan apabila didapati penat setelah mengerah tenaga beberapa hari.

Video:

@ipie_ngaranku

mesti dia rasa hensem lepas kena potong bulu 😂😂. #k9bomba #blakek9 #batangkali

♬ Segala Perkara – ℚ𝕦𝕖𝕖𝕟🌺

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih ke atas khidmat yang pernah dilakukan oleh dua ekor anjing terlatih itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*