Musim cuti sekolah yang telah pun bermula membuka ruang kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak lelaki mereka menjalani proses berkhatan.
Bila masuk saja musim ini, pasti ada saja yang berkongsi ragam kanak-kanak sewaktu bersunat. Tidak dinafikan, pengalaman sunat pasti susah untuk dilupakan kerana mereka terpaksa berdepan dengan kesakitan. Ada yang men4ngis, menj3rit dan pelbagai lagi ragam kanak-kanak semasa nak berkhatan.
Terbaru menerusi video tular di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @sirkhairil_97 memaparkan dua orang kanak-kanak yang difahamkan sedang menunggu giliran mereka untuk bersunat.
Pada mulanya mereka dilihat sangat teruja, sehingga masing-masing tidak sabar dan berebut untuk masuk ke bilik berkhatan. Namun, rasa teruja itu secara tiba-tiba bertukar menjadi rasa takut setelah mereka berdua mendengar jeritan dan tangisan peserta yang terlebih dahulu bersunat.
Video:
@sirkhairil_97 Korang kene tengok sampai habis ! Maafkan acu anak2 buahku gelakkan korang. Acu da lepas fasa2 tu 🤣🤣🤣 btw selamat berpantang 😆 #fyp #fypシ #sunat #berkhatan #berpantang
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 323.1k tontonan, 29.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kedua-dua kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : sirkhairil_97
Leave a Reply