Pengantin lelaki men4ngis teresak-esak, tak puas pelvk siap dukung ibu di majlis kahwin… Tetamu pun ‘banjir’ sama!

BAGI anak lelaki ibu merupakan cinta pertama yang sejati.

Jadi tidak hairanlah jika gvgur air m4ta jantan anak lelaki tatkala mereka bernikah dan membina kehidupan baharu bersama isteri.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan pasangan pengantin masih lengkap berpakaian songket sedondon men4ngis di hari bahagia mereka.

Dipercayai ia dirakamkan ketika acara sudahpun selesai kerana dapat dilihat keluarga pengantin mula berehat dan berkumpul di bawah khemah.

Lebih meruntun jiwa tentunya momen anak lelaki dan ibunya ini hingga perkongsian mengenainya meraih lebih 3.2 juta tontonan di TikTok.

Dikelilingi saudara mara yang menjadi ‘saksi’, pengantin lelaki itu mendvkung ibunya sambil men4ngis teresak-esak.

Pelvkan antara anak dan ibu itu kelihatan cukup syahdu sepertinya menyimpan sesuatu yang hanya diketahui mereka.

“Masa ni semua tak boleh tahan air m4ta. Kasih ibu membawa ke syurga,

“Sayang dia selagi masih ada,” tulis Asahari, individu yang merakamkan momen itu.

Tangkap layar beberapa individu lain turut mengalirkan air m4ta.

Pada rakaman itu turut kelihatan beberapa ahli keluarga yang berpakaian sedondon turut sama mengesat air m4ta tatakala menyaksikan momen berkenaan.

Meskipun rakaman tersebut hanya berdurasi pendek, video berkenaan cukup membuatkan netizen turut merasakan seb4k.

Dalam pada itu, netizen turut menyatakan bahawa pengantin perempuan cukup bertuah setelah berjodoh dengan seorang suami yang disifatkan sebagai penyayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Kata mereka sudah pasti pasti layanan diberikan suami akan baik sebagaimana ibunya disayangi sedemikian rupa.

“Untung isteri dia dapat lelaki yang sayang mak dia macam tu sekali. Mesti dia sayang isteri macam sayang mak dia.

“Kalau dia sayang sangat mak dia. Semestinya dia akan sayang wife dia dengan jayanya.

Komen netizen di TikTok.

“Dulu abang (pengantin lelaki) kena dvkung dengan mak sebab masih kecil, sekarang abang dah besar. Abang pula dvkung mak sebab dah tua. Syurga untukmu.

“Orang pelvk je, dia siap dvkung. Sayang betul dekat mak dia,” komen netizen.

Selain merasakan seb4k dengan paparan tersebut, netizen yang sudah kehilangan ibu mereka juga turut memberikan komen pada video tersebut.

Rata-ratanya merindui momen bersama arwah ibu mereka ketika masih berada di sisi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*