Pasangan pengantin baharu, Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila berkongsi momen-momen manis bermain dalam hujan bersama menerusi satu perkongsian di Instagram.
Menerusi video yang dikongsikan oleh kedua-dua mereka itu, kelihatan Hana meminta izin dan mengajak Da’i Syed untuk mandi hujan bersamanya.
“Jom mandi hujan,” ajak Hanna.
“Buat apa mandi hujan?” Da’i Syed memulangkan kembali soalan kepada isterinya.
“Sunnah,” jawab Hannah ringkas.
Menuruti permintaan isterinya, Da’i Syed keluar dari rumah dan menemani Hanna yang dilihat gembira mengayuh basikal di persekitaran rumah ketika hujan turun dengan lebat.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan kapsyen, Da’i Syed menulis: “Umur awak sebenarnya berapa sayang? Semoga turun keberkatan kepada kita seperti turunnya air hujan ini, amin,” katanya.
Meninjau pula ruangan komen, ramai menyifatkan momen yang dikongsikan oleh Da’i Syed sebagai satu momen yang sangat manis.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply