Umum mengetahui pelakon Rita Rudaini membesarkan anak-anaknya sendiri selepas berpisah dengan pasangannya. Bagi yang mengikuti kisahnya, pasti tahu bagaimana liku-liku kehidupan yang ditempuhi sendirian namun apa yang menjadi inspirasi pada masyarakat khususnya kaum hawa adalah kecekalannya mengharungi setiap dvgaan.
Kelantangannya bersuara dalam menuntut haknya dan anak suatu ketika dahulu mengundang kec4man netizen. Pelbagai gelaran yang diterima namun Rita tetap utuh berdiri dan mempunyai pendiriannya sendiri.
Melalui posting terbaharunya di aplikasi Tiktok, video anak sulangnya Ryan sedang menghafaz Al-Quran mengundang seb4k netizen.
Mana taknya, tak semua ibu bapa mampu mendidik anak-anak sebaik dan setaat ini. Tetapi Rita Rudaini mampu melakukannya seorang diri.
“Mungkin ini hikmah ALLAH nak hadiahkan pada aku.. Walaupon kami xperfect macam orang lain tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’
Video:
@ritrud727 Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan mintak mommy n adik check balik hafazan dia dr juzuk 1…dia takut dia lupa..sebak hati sebenarnya tgk anak2 dah besar…dlm hati mommy ckp ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pd aku..walaupon kami xperfect mcm org lain tp aku ada anak2 yg taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’ …Mommy n adik xsabar nak tggu ryan balik 👩👦👦 🤍
Rita juga sempat lahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya itu yang kini tinggal di asrama penuh.
‘Mommy n adik xsabar nak tunggu Ryan balik 👩👦👦’
Di ruangan komen, ramai netizen sebak dengan posting ini malah ada yang melahirkan kekaguman terhadap Rita Rudaini yang membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply