“Pernah jumpa dia depan-depan” – Gigih buat badan tapi wajah jadi perhatian, ramai sangka Janna Nick dah sado

BERKONGSI rutin senaman dan gaya hidup sihat di laman sosial kini sudah menjadi perkara biasa.

Namun, seorang pemuda mendapat perhatian yang sangat luar biasa apabila memuat naik video menunjukkan badannya yang berotot.

Bagaimanapun, badannya yang sasa hasil kerja keras bersenam bukanlah menjadi tumpuan netizen, sebaliknya wajahnya yang menjadi bualan kerana dikatakan mirip pelakon Janna Nick.

“Janna Nick versi lelaki.

“Cantiknya muka.

“Aku ingat Janna Nick tadi.

“Janna Nick dah sado,” demikian antara komen netizen.

janna nick sado 3

Arif menjadikan aktiviti kecergasan sebagai hobi.

Bercakap kepada mStar, jejaka sado berkenaan, Muhammad Nur ‘Arif Abd Shukor berkata, dia sering menggunakan platform media sosial untuk berkongsi hobi dalam aktiviti kecergasan.

Pemuda berusia 28 tahun itu bagaimanapun tidak menyangka video terbaharu yang dimuat naiknya pada Isnin mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Sebenarnya bukan pertama kali saya menerima komen yang mengatakan wajah saya mirip Janna Nick, tapi tidak sebanyak komen kali ini. Sangat banyak.

“Saya rasa kelakar sebab saya pernah terserempak dengan Janna Nick depan-depan, dan saya merasakan wajah kami tiada persamaan,” katanya kepada mStar.

janna nick sado 2

Arif berpengalaman menjadi jurulatih kecergasan peribadi.

Walau bagaimanapun, pemuda yang lebih mesra disapa Arif ini tidak kisah dirinya digelar sebagai Janna Nick versi lelaki.

“Saya tidak kisah dengan gelaran yang diberikan oleh netizen. Ada juga yang melabelkan saya sebagai Janna Nick versi sado.

“Selain Janna Nick, terdapat juga banyak komen netizen yang menyamakan saya seperti watak anime dalam Demon Slayer iaitu Inosuke Hashibra.

“Inosuke merupakan pemuda berbadan sado dan berwajah feminin. Wataknya baik, kuat dan bertenaga. Saya anggap ini sebagai pujian,” ujarnya yang berasal dari Kajang, Selangor.

janna nick sado 4

Arif juga berpengalaman dalam bidang kulinari.

Menetap di Semenyih, anak bongsu daripada empat beradik itu mula melibatkan diri dalam senaman angkat berat sejak sedekad lalu.

Malah katanya, dia juga pernah menjadi jurulatih kecergasan peribadi di sebuah gim selama setahun pada 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya bersenam di gim enam kali seminggu. Selain itu, saya juga melakukan aktiviti luar seperti hiking, badminton dan futsal,” tambah pemuda yang berketinggian 170 sentimeter ini.

Di sebalik minatnya terhadap aktiviti kecergasan, siapa sangka Arif sebenarnya juga berpengalaman dalam bidang kulinari.

janna nick sado 5

Selain Janna Nick versi lelaki, Arif juga disamakan dengan watak anime, Inosuke Hashibra.

“Saya pernah menjadi cef di resort dan hotel sejak 2013. Saya kini merupakan tukang masak di sebuah kafe. Selain boleh memasak, saya juga suka makanan manis dan food hunting!

“Jadi, saya tidak cenderung untuk memasuki sebarang pertandingan badan cantik atau bina badan. Sasaran saya adalah untuk memiliki badan yang lebih berotot,” katanya yang turut melakukan defisit kalori dan mengelakkan mengambil makanan berkuah.

Arif berkata, dia akan sentiasa berkongsi video senamannya bagi memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam dengan cara selamat.

“Dari segi bidang yang diminati pula, tip saya adalah kita kena mulakan dulu, baru tahu. Kita kena berani menghadapi kegagalan dan belajar dari kegagalan untuk berjaya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*