Pastinya antara kita sedia maklum dengan kisah duka seorang wanita bernama Jahidah Nordin yang selamat melahirkan anak dalam keadaan kom4 secara pembedahan hujung tahun lalu gara-gara dianiaya oleh suami yang tidak berhati pervt.
Kini anak lelaki yang diberi nama J Ehsan Nufail, usianya bakal genap setahun pada 30 November ini. Dapat dilihat melalui perkongsian daripada Fauziah, anak buahnya itu semakin bijak dan sihat walaupun ketika dalam kandungan doktor maklumkan kakinya agak kecil. Apatah lagi ibunya tidak pernah jamah apa-apa selain susu sepanjang kom4 dan terl4ntar atas katil.
Pun begitu, Fauziah menyatakan kerisauan dek kerana berat badan Nufail masih belum mencapai berat badan ideal. Apa tidaknya, sejak dalam rahim ibu lagi anak buahnya itu tak merasa makanan kecuali susu. Lantaran itu, Fauziah bertanyakan kepada warganet susu apa yang terbaik untuk menambah berat badan Nufail.
“Dah bulan 10 berat tak cantik lagi, semoga Nufail membesar sihat” kongsi Fauziah.
Video:
@ziahzara15 susu apa elok utk tambah berat? #eshannufail #ziahzara #babyjahidah #babyajaib #mangsaderasuamidayus #braindamage
Nyata warganet begitu prihatin dengan Nufail, perkongsian video tersebut mendapat maklum balas dengan ramai yang berkongsi info dan mendoakan agar Nufail dapat membesar dengan sihat.
Selain itu, Fauziah Nordin ada berkongsi lagi kepada umum video yang turut menyentuh hati wargamaya. Dimana memperlihatkan gelagat Nufail yang sudah pandai mengesot meluru ke arah bilik ibunya. Seakan-akan anak kecil itu tahu di mana ibunya berada tanpa dibantu oleh sesiapa.
Mungkin siapa tahu, naluri anak merasakan ibunya sedang memanggilnya, “ibu..ibu…adik datang ni”
Video:
@ziahzara_15 anak Soleh bijak nufail..♥️♥️🥹#babyjahidah #nufailfamily #eshannufail #babyajaib #mangsaderasuamidayus #braindamage #ziahzara
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sayu menyaksikan tindakan anak tunggal Jahidah Nordin berkenaan. Dalam waktu yang sama, mereka turut mendoakan Nufail agar sihat membesar sekali gus dapat menjadi peneman setia serta ibunya.
Komen Netizen:
Sumber : TikTok @ziahzara_15
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://www.keluarga.my/
Leave a Reply