[Video] Tak malu buat ‘house tour’ tayang rumah bersepah, tiba-tiba hairstylist ini dibvru gadis… Ramai sanggup jadi bibik, calon isteri

SEORANG pemuda menjadi perhatian netizen selepas dia berkongsi video memaparkan keadaan rumah bujangnya yang berada dalam keadaan bersepah.

Dalam video itu, Haziq Dzulkarnain Roslan, 19, berkata dia baru sahaja berpindah ke Petaling Jaya, Selangor dan turut menjadikan kediaman itu sebagai tempat kerjanya.

“Hi, nama saya Haziq. Saya baru berpindah dekat PJ. Saya buat rambut lelaki dan perempuan. Ini saya nak cerita sikit tentang masalah apabila duduk sendiri,” ujarnya memulakan bicara dalam video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Dia yang senang disapa Haziq kemudiannya membuat house tour sambil menunjukkan persekitaran dalam kediaman, termasuklah periuk berisi air yang sudah hampir seminggu tidak dibersihkan.

Video yang meraih hampir 40,000 tontonan itu menerima pelbagai komen di aplikasi TikTok, malah ada beberapa individu turut menawarkan diri untuk menjadi isteri serta pembantu rumahnya.

“Saya boleh tolong abang, tapi tak manislah kalau berduaan dalam rumah. Apa kata abang halalkan saya dulu, then kita kemas sama-sama.

Saya juga pernah terpotong jari ketika gunting rambut… menitik darah di kepala client.

HAZIQ DZULKARNAIN ROSLAN

“Kalau abang cari maid, saya boleh je datang sekarang.

“Saya boleh jadi housewife abang,” tulis beberapa netizen dalam nada berseloroh.

Ketika dihubungi mStar, Haziq yang mula bergelar tukang gunting rambut sejak berusia 15 tahun akui terkejut apabila video tersebut tular, namun tidak ambil hati dengan komen usikan yang ditulis netizen.

“Ini sebenarnya rumah ayah saya. Saya hanya bayar bil. Saya baru sebulan berpindah ke rumah ni. Jadi sekarang saya bekerja sepenuhnya di rumah.

“Biasalah, selepas habis buat rambut client, saya tengok rumah kotor. Jadi saya dapat idea untuk buat video mengenai masalah apabila duduk sendiri. Tak sangka akan viral.

“Lepas dah viral, ada yang komen nak jadi maid. Ada juga yang tawarkan diri mereka untuk datang dan tolong kemas. Yang cakap suruh saya cari bini pun ada,” ujarnya lagi.

haziq4

Haziq mula berkecimpung dalam bidang ini sejak berusia 15 tahun.

Bercerita mengenai dirinya, Haziq berkata dia bekerja sepenuh masa sebagai tukang gunting rambut dan berharap dapat membina jenama sendiri, suatu hari nanti.

Imbas Haziq, dia bermula tanpa asas dan sekadar bereksperimen dengan rambut rakan-rakannya sebelum menjadi mahir dan turut bekerja dengan orang lain.

“Saya bermula ketika umur 15 tahun. Saya hanya belajar sendiri. Masa tu saya cakap kat member, saya nak cuba potong rambut dia. Bermula di situ saya dapat semangat.

haZiq9

Video yang dikongsi Haziq tular di TikTok.

“Kemudian saya mula bekerja dekat satu barber masa tingkatan empat. Setiap Sabtu saya akan kerja part time. Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun saya bekerja dekat satu barber di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

“Dulu saya juga pernah buat khidmat gunting rambut di rumah ibu bapa saya. Kemudiannya ketika pandemik, saya buat perkhidmatan rumah ke rumah. Sekarang saya buat di rumah sendiri, InsyaAllah bulan depan akan kerja dengan kedai kawan saya. Tapi yang di rumah pun saya akan teruskan,” jelasnya panjang lebar.

Menurut Haziq lagi, dia juga pernah berdepan pelbagai ragam pelanggan, malah pengalaman bermula dari kosong banyak mengajar dan membentuk siapa dirinya pada hari ini.

haziq3

Haziq bakal perkenal produk sendiri tidak lama lagi.

“Dulu masa awal-awal saya hanya tengok tutorial di YouTube selama dua tahun. Saya banyak belajar daripada pengalaman. Sebabnya lain orang lain kepala, jadi saya kena belajar sendiri.

“Ada juga kejadian tak diingini. Saya pernah terpotong bahagian belakang rambut kawan saya sehingga ke paras yang terlalu tinggi, akhirnya kena botakkan rambut dia. Mujur kawan-kawan yang lain pun support, semua pakat botakkan kepala juga.

“Saya juga pernah terpotong jari ketika gunting rambut. Menitik darah di kepala client. Tapi saya belajar dari kesilapan. Saya juga ada sasaran nak buat jenama sendiri, nak naikkan hair stylist di Malaysia. Sekarang saya juga dalam proses untuk keluarkan produk sendiri,” ujarnya.

haziq7

Haziq mula belajar untuk memotong rambut hanya dengan menonton tutorial di YouTube.

Akhir bicara, Haziq turut menitipkan pesan kepada mereka yang mempunyai minat sama dengannya agar tidak berputus asa dan sentiasa menimba ilmu dan kemahiran untuk membawa diri ke peringkat yang lebih jauh.

“Kepada yang nak belajar, jangan give up. Konsisten je. Cari sebanyak mungkin pengalaman dan kita kena belajar setiap hari,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*