[VIDEO] Dikatakan Bakal Bernikah 3 Disember, Ini Jawapan Syifa Melvin & Safawi Rasid – “Penat Kami Simpan, K4ntoi Juga Tapi…”

Selepas dikhabarkan bakal berkahwin dalam masa terdekat, akhirnya pempengaruh Syifa Melvin dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tampil bersuara mengenai perkara itu.

Safawi menerusi siaran langsung di laman sosial memohon agar netizen tidak perlu berasa bimbang dengan siapa atau bila dia akan berkahwin.

“Fasal kahwin you guys jangan tahu la… bila saya nak kahwin, dengan siapa saya kahwin. Ada rezeki, ada jodoh, I will get marry, you guys don’t worry,” kata Safawi.

Bagaimanapun menerusi komen di video yang dimuat naik di TikTok, terdapat individu yang mendedahkan pasangan itu sememangnya bakal bernikah apada 28 November ini bertemakan warna putih.

Menurut individu itu, majlis resepsi sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 3 Disember dan dia mend4kwa mendapat maklumat itu daripada sepupu kepada Safawi.

“28 hari bulan kahwin belah perempuan tema putih gitu… 3 hari bulan belah lelaki… sepupu dia beritahu saya,” tulis individu itu.

Manakala, Syifa menerusi IG Live baru-baru ini memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Safawi selain tidak mengesahkan tarikh 3 Disember menjadi saksi hari bahagia mereka.

“Yang mana doakan kami nak kahwin itu, doakan yang terbaik. Penat kami simpan rahsia, k4ntoi juga. Tapi tak apa.. biar saja sebab itu kami pun diam. Kalau tarikh itu, korang nak percaya, percaya saja la. Tak tahu la macam mana boleh (k4ntoi). Hampa tunggu la 3 Disember ini ada tak (ketawa),” kata Syifa.

Tiada niat untuk merahsiakan, namun adik kepada aktres Syatilla Melvin ini lebih selesa dengan kehidupan privasi selain bimbang dengan penyakit ain.

@yxasyx

clear ? #safawirasid29 #johordarultakzim🔴🔵 #fypシ #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – ᥫ᭡ 𖥻 𝐅𝐈𝐒𝐘𝐀 ۰ ໋࣭ヾ – ᥫ᭡ 𖥻 𝐅𝐈𝐒𝐘𝐀 ۰ ໋࣭ヾ

“Kami bukan nak berahsia tetapi kena faham la. Dari awal lagi, kami nak privasi. Tak pernah pun expose kami bersama, kongsi gambar berdua ke.

“Yang gambar di media sosial itu mereka sunting bagi nampak kami duduk berdua. Cuma kadang-kadang masa saya buat live, Safawi akan masuk. Itu saja. Tak ada pun mengatakan kami bersama.

“Sebab kami takut dengan penyakit ain. Tak semua orang gembira, bila kita gembira. Kalau diikutkan tak mahu bagitahu pun. Bila dah official, baru akan dikongsikan.

“Orang yang kahwin pun boleh bercerai. Inikan pula yang bercinta. Doakan yang baik-baik. Moga orang yang dalam live ini pun dikurniakan jodoh yang baik,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular video penyokong JDT menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Safawi di stadium baru-baru ini dan terdapat netizen yang mengatakan pasangan akan berkahwin pada 3 Disember depan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*