Tak mahu menyes4l sekali lagi! Wanita balik kampung jadi pekebun sebab terkilan tak sempat jumpa datuk men1nggal

KEBANYAKAN anak muda kini memilih untuk bekerja di ibu kota kerana peluang pekerjaan yang lebih banyak dan lumayan.

Namun, adakalanya masalah berkaitan keluarga membuatkan golongan anak perantau terpaksa pulang ke kampung halaman.

Menerusi hantaran dibuat pada TikTok, seorang wanita menceritakan kisah sedih sebelum dia mengambil keputusan untuk menetap di kampung halamannya.

Keputusan ini dibuat selepas dia tidak dapat menatap wajah datuknya yang men1ngg4l dvnia buat kali terakhir disebabkan perjalanan jauh antara tempat kerja dan kampungnya.

Bimbang perkara sama terjadi kepada ibu bapanya, pengguna TikTok yang menggunakan nama CEO of Pekebun Palatao ini memilih untuk meninggalkan kerjaya di bandar dan menjadi pekebun demi berada lebih dekat dengan keluarga.

“Sebelum ni saya bekerja jauh dari kampung. Paling tersentak bila atuk men1ngg4l. Saya ambil masa 12 jam untuk sampai ke kampung.

“Air m4ta tak berhenti mengalir sepanjang perjalanan. Masa saya sampai semuanya dah selesai, tak sempat tengok wajah atuk buat kali terakhir

“Sejak tu selalu bermain dalam kepala macam mana kalau jadi macam tu tapi (kepada) parents pula,” jelasnya.

Bukan setakat perlu menanggung kesedihan itu, kisahnya yang tidak sempat berjumpa arw4h datuk juga menjadi buah mulut orang lain.

Dia yang tidak mampu membela dirinya mula berasa tidak dapat meneruskan kerja justeru dia menghantar surat peletakan jawatan walaupun sukakan kerjayanya pada ketika itu.

Kini sudah lima bulan dia bercucuk tanam dan telah melupakan segala keinginan lama seperti membeli belah dan berhibur setiap kali mendapat gaji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Ketenangan jiwa yang dirasai setelah bertukar profesion membuatkan hatinya tergerak untuk mengajak orang ramai melakukan perkara sama dan berkongsi kandungan (content) di TikTok.

“Lepas tu dapat tahu ada yang bawa cerita ke atas saya. Tanpa beri ruang untuk membela diri. Jadi tawar hati walaupun tugas kerja tu merupakan sesuatu yang amat dekat di hati saya.

“Lima bulan lepas saya nekad tender resignation letter dan balik ke kampung. Sikit-sikit mula berkebun. Buat content untuk ajak lebih ramai berkebun di rumah. Berkongsi ilmu yang sedikit dari pembelajaran dan pengalaman bekerja.

“Dah lupa keinginan membeli belah dan berhibur tiap kali dapat gaji. Jujurnya lebih tenang begini,” akui dirinya.

Imbasnya, status seorang ‘penganggur’ ini membuatkan dirinya tidak dapat lari daripada dikr1tik oleh orang sekeliling.

Tangkap layar perkongsian kisahnya di TikTok.

Bagaimanapun, segala tomahan diterima bukanlah penghalang untuk dia terus berkebun malahhatinya lebih senang kerana dapat menjaga ibu bapa di rumah.

“Bila ada yang tanya saya kerja apa, saya jawab menganggur atau pekebun. Ada yang kasihan (tak diminta) ada yang mengh1na. Tapi manusia tu tak mulia disanjung, tak h1na dic3rca.

“Terima kasih juga atas hina dan c3rca. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk berusaha. Yang penting mak abah ada depan mata.

“Sakit pening mereka, saya ada bersama. Nikmat senang hati tak perlu risaukan parents dari jauh. Dalam dunia ini tak ada yang lebih penting lepas reda Allah dan rasul selain reda ibu bapa,” tegasnya.

Kandungan yang dikongsikan di TikTok.

Walaupun kehidupan kini tidaklah semewah sewaktu dia bekerja di Kuala Lumpur tetapi dia bersyukur dengan segala rezeki sedia ada.

Perkongsian tersebut meraih hampir 300,000 jumlah tontonan setelah dimuat naik.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang memiliki nasib hampir sama dengan wanita ini.

Semakan mStar mendapati wanita ini sememangnya banyak berkongsi video dirinya menuai hasil tanaman yang dimuat naik di TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*