“7 tahun lepas, lahirnya seseorang,” – Shuib Sepahtu titip ucapan hari lahir buat anak tercinta

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran anak tercinta iaitu Ariq M4tin.

Menerusi laman sosial Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memuat naik beberapa gambar bersama anak tercinta untuk tatapan umum. 

Menurut Shuib, genap 20 November 7 tahun lepas, lahirnya seseorang yang diberi nama Ariq M4tin, dan dia berharap semoga anak ketiganya itu menjadi anak yang baik, anak yang soleh di dunia dan juga di akhirat.

“Hari ini 20 Nov 2022, 7 Tahun lepas,Lahirnya seorang yg bernama Ariq M4tin. Semoga jadi anak baik,anak soleh dunia dan akhirat.Anak manja daddy dan Ibu @sitisarahraissuddin Anak kita semakin besar,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Shuib juga difahamkan telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya itu, dengan bertemakan Digimon Adventure yang merupakan siri animasi popular dari Jepun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 99.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Ariq M4tin.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada Februari 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq m4tin, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram shuibsepahtu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*