Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.
Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.
Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @btrisyialyana, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berjalan bersebelahan dengan seorang lelaki yang disangkakan bapanya.
Selama beberapa saat, dia enggan berjauhan dengan lelaki berkenaan sementara pemilik video sudah tergelak besar.
Rupa-rupanya lelaki tersebut bukanlah bapanya, namun penampilan dan baju lelaki tersebut sangat mirip dengan bapa kanak-kanak tersebut.
Maka, tidak hairanlah kanak-kanak tersebut mula keliru sebelum menyedari mana satu bapanya yang sebenar.
Setelah menyedari insiden tersebut, kanak-kanak tersebut bergegas berlari menuju ke arah bapanya, sambil ditertawakan oleh individu di sekeliling
Video:
@btrisyialyana salah bapak anak ikot . abaikan yg gelak kuat tu #fyp #yzxcba #jbstyle
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 269.6k tontonan, 25.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok btrisyialyana
Leave a Reply