Kejutan ketika berkongsi berita kehamilan kepada suami sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
Momen manis ini biasanya akan dirakam dan dikongsikan di media sosial sebagai kenang-kenangan.
Tidak ketinggalan berbuat demikian ialah ialah wanita ini, yang memberikan hadiah berupa kit ujian kehamilan untuk suami tercinta.
Terbaru menerusi video tular yang dimuat naik menerusi laman tiktok @haura_maqsurah_, pemilik video dilihat sangat teruja apabila mengetahui dirinya hamil setelah melihat keputusan ujian kit kehamilan.
Namun apa yang mencvri perhatian ialah reaksi si suami yang sedang membaca Al-Quran tiba-tibak seb4k setelah mendapat berita gembira dari isterinya itu.
“Tak sangka reaction suami sampai macam tu. Alhamdulillah. Korang yang masih TTC kami doakan semoga cepat dapat menimang cahaya mata ya,” tulis @haura_maqsurah_ di ruangan kapsyen.
Video:
@haura_maqsurah_ tak sangka reaction suami sampai macam tu .. 🥺🥺🥺 Alhamdulillah … 🤲🤲 korang yang masih ttc kami doakan semoga cepat2 dapat menimang cahaya mata ya .. amin .. #fyp #fypシ #suprisepregnancy #suprisesuami
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 244.7k tontonan, 17.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terharu melihat reaksi si suami ketika menerima kejutan tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: tiktok @haura_maqsurah_
Leave a Reply