Zamani Dibenarkan Keluar Hospital, Badan Dah Tak Bengk0k Lagi

Isteri kepada penyanyi Zamani, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan suaminya sudah dibenarkan keluar dari hospital pada petang Khamis.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Juliana juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang mendoakan kesihatan vokalis kumpulan Slam itu.

“Alhamdulillah, Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ini.

“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan operasi pembed4han dan semua kakitangan hospital yang mengambil berat serta mendoakan Zamani,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Dalam entri tersebut, Juliana memuat naik video menunjukkan perkembangan terkini Zamani yang berjalan dalam keadaan badannya sudah kembali normal, tidak membengkok akib4t peny4kit masalah tul4ng belakang yang dialaminya sebelum ini.

Juliana turut sama menzahirkan penghargaan kepada Datuk Aznil Nawawi dan semua pihak yang membantu mendapatkan dana buat pembed4han Zamani.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Nil, semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)


“Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hay4t,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Aznil menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang diusahakannya pada bulan Jun lalu.

Zamani menghid4p peny4kit skoliosis sejak 2015 yang manna menyebabkan badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu selamat menjalani pembed4han di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*