KERAS! Itu jawapan jujur yang diberikan seorang anak apabila ditanya tentang bekal makanan yang disediakan ibunya.
Bercerita mengenai situasi di dalam kereta itu, Noor Khadijah Zamri, 33, berkata dia baru pertama kali masak cucur manis yang dikatakan keras oleh anaknya.
Noor Khadijah yang senang disapa Dijah berkata, sebenarnya dia sendiri sudah dapat meramal komen yang bakal diterima daripada dua anaknya, Saffiya Umairah Saifullah, 10, dan Sofea Zaharah Saifullah yang berusia lapan tahun.
“Saya tak pernah masak cucur manis dekat anak-anak sebelum ni. Selalunya saya buat cucur pisang untuk mereka berdua. Saya dah rasa dulu dekat rumah sebelum tapau. Memang keras sikit.
“Selain cucur pisang saya selalu bekalkan mereka nasi dan lauk. Tapi hari tu saya bekalkan cucur manis sebab waktu singkat, nak balik rumah tak sempat. Mereka terpaksa makan dalam kereta sebelum pergi sekolah agama sebab ada peperiksaan.
“Setiap kali masak saya akan tanya anak, sedap tak ibu masak? Biasanya kakak akan cakap sedap walaupun kurang enak. Berbeza dengan adik yang selalunya jujur. Kalau tak sedap dia tak akan makan dan banyak komen. Lepas dia cakap cucur keras tu saya ketawa terhibur sebab memang betul,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Dijah berkata, sebagai seorang isteri yang terpaksa hidup berjauhan dengan suami, dia terpaksa membahagikan masa antara melakukan kerja rumah dan menguruskan dua anak.
Dijah senang hati apabila anak-anak memuji masakannya.
Bagaimanapun, katanya, segala rasa penat dan letih hilang serta merta apabila setiap masakannya disukai dan dihargai anak-anak.
Bercerita lanjut mengenai kehidupan mereka tiga beranak, Dijah berkata, walaupun ada masanya perlu berdepan kesukaran seperti terpaksa makan tengah hari dalam kereta, ia bukan alasan untuk anaknya menjadi pelajar cemerlang di sekolah.
View this post on Instagram
“Setiap hari saya akan siapkan semua kerja rumah waktu malam. Waktu siang saya akan ada masa untuk uruskan bisnes dan memasak. Apabila masakan dapat pujian, terus rasa hilang penat sebab seronok.
“Saya lakukan semua sendiri saja di rumah kalau suami tak ada. Dia bekerja di Sarawak jadi kami terpaksa PJJ (perhubungan jarak jauh).
Anak sulungnya mendapat markah penuh bagi tiga mata pelajaran.
“Tapi saya tetap bersyukur semua usaha dan pengorbanan ni berbaloi setelah melihat keputusan peperiksaan anak-anak baik saja. Ada tiga subjek anak saya yang sulung tu dapat markah penuh,” ujarnya.
Mengenai video di muatnaik di TikTok yang meraih lebih 500,000 jumlah tontonan, Dijah tidak menyangka bahawa rakaman tersebut akan tular.
Rata-rata netizen terhibur malah memberi tumpuan terhadap anak sulungnya yang dikatakan pandai menjaga hati ibu.
Dijah bersama ahli keluarganya.
“Saya post tu sebab dekat TikTok banyak video anak-anak yang saya rakam berserta lagu dan boleh share video panjang.
“Apabila baca di ruangan komen, saya terhibur dengan netizen. Tapi apa-apa pun bagi saya, kita tak boleh nak terasa jika mereka komen cakap masakan tak sedap.
Anak-anak pun ada citarasa mereka sendiri jadi kita kena positif dan jangan ambil hati,” katanya lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply