“Mesti abang tu ingat tanggungjawab,” – [VIDEO] Lelaki seb4k nikahkan adik sendiri

Sebagaimana kelaziman bila seorang anak gadis bernikah, bapa kandung akan menjadi walinya. Namun sekiranya bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.

Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah lelaki yang beragama Islam, berakal, adil, merdeka, dan baligh.

Terbaru viral video yang memaparkan seorang lelaki menggalas tanggungjawab menjadi wali kepada adiknya sendiri.

Peristiwa tersebut dirakam dan dimuat naik menerusi laman TikTok @muaz_ar yang memaparkan lelaki terbabit nampak gementar ketika membaca lafaz ijab kepada pasangan adiknya.

Video:

@muaz_ar

Moment yg menyentuh hati. Abg nikahkan adik

♬ Kupinang Kau Dengan Bismillah – Rossa

Namun selepas lafaz nikah dibacakan oleh adiknya, lelaki itu tidak dapat menahan seb4k.

Sementara itu, majlis yang diadakan di rumah pengantin itu dan rata-rata tetamu yang hadir turut melahirkan rasa seb4k melihat situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 180.8k tontonan, 11.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut seb4k melihat momen tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok muaz_ar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*