Bagi menjelaskan isu yang hangat diperkatakan di TikTok, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan suami ‘d4yus’ biarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.
Menerusi video di TikTok, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkata hvkum h4ram boleh berubah sekiranuya d4rurat dari segi perubatan.
“Dengar baik-baik. Hukum yang asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aur4t. Sesama perempuan walaupun aur4t h4ram melihat tetapi lebih berat jika berlainan jantina.
“Tetapi dalam berubat dia ada kadar-kadarnya. Bila masuk sempadan d4rurat, apa yang h4ram diangkat sekejap. Allah sebut dalam al-Quran, ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi buat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berd0sa.’
“Asalnya, ‘Allah h4ramkan kamu makan b4ngkai, d4rah dan b4bi! Tetapi di padang pasir kamu kelaparan, tak jumpa (makanan) tetapi jumpa bangkai. Ada pilihan lain tak? Tak ada!
“Keadaan d4rurat itu membolehkan apa yang tidak boleh. Jadi nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. Tetapi jika tidak ada doktor perempuan hanya lelaki.. Sedangkan beranak itu kritikal, yang berkait dengan dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.
“Oleh kerana tidak ada doktor perempuan, jadi ambil doktor lelaki maka tidak berd0sa. Apa pula kata d4yus? Tak h4ram! Yang h4ram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri. Faham tak?” katanya.
Video:
@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai
Malah menurut UAI, hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu membayar kos hospital swasta yang mencecah sehingga RM8,000 untuk proses bersalin.
Manakala hospital kerajaan terpaksa menjadi pilihan keluarga yang sekadar cukup makan dan tidak mempunyai ‘kuasa’ untuk memilih doktor wanita atau lelaki.
“Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000.
“Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan. Nasib baik dapat doktor perempuan, kalau tak lelaki.. Hvkumnya harus kerana tidak ada pilihan!” ujarnya lagi.
Sebelum ini, pasangan pasangan suami isteri, Ustazah Siti Afifah dan Ustaz Zaidi Tohirin menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki selain melabel sebagaikan mereka sebagai ‘dayus.’
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply