Penampilan Mira Filzah ‘Difilter’ Suami; “Dia Nak Tengok ‘Puan Amirah’ Berbanding Mira Filzah.”

Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.

Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya ‘tidak berkenan’ dengan sesuatu yang digayakannya.

“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ bukan Mira Filzah.

“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur “tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit”.

“Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” kata Mira dalam program bual bicara Next To Neelofa 2.

Dalam program itu juga, Mira mended4hkan dia merancang untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera rumah tangganya.

“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan d0s kedua v4ksin.

“Sekarang, saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first moment dia, seronok jadi ibu ini.

“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya lagi.

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar yang merupakan seorang arkitek pada 3 September 2020.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir, yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.

Foto: Instagram Mira Filzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*