Tular di media sosial satu video yang memaparkan pemandu kereta menampal nota di bahagian belakang keretanya untuk dibaca oleh pengguna jalan raya yang lain.
Baru dapat lesen
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok itu, pemandu berkenaan difahamkan baru saja menerima lesen memandunya dan membuat pesanan yang menarik perhatian orang ramai.
Ini kerana, pemandu itu memesan agar pengguna jalan raya yang lain untuk tidak memberikan hon kepadanya.
Saya merupakan pemandu baharu. Jangan hon saya. Kalau awak c1um (l4nggar) bonet kereta saya, awak yang kena bertanggungjawab.
‘Okay, nanti saya guide awak’
Sementara itu di bahagian komen, ternyata orang ramai terhibur dengan pesanan yang ditulis pada kertas berwarna merah jambu tersebut.
Malah, ada juga yang berseloroh bahawa mereka akan mengetuai pemandu itu untuk memudahkan dia memandu di jalan raya.
Kalau awak takut nak ke kiri ke kanan, tak apa. Saya boleh jadi pemandu pengiring.
Video:
@this.qied65 Sapa owner keta ni..awat comey sangat🤣🤣
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Komen netizen
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply