Isteri s4kit tiba-tiba berselera makan! Patutlah minta suami suapkan nasi sambil rakam video, rupanya esok dah nak ‘pergi’

‘MAKAN dan suapan terakhir isteri saya, Bella.’

Begitulah kapsyen ditulis Eyjat Ghazali pada sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Lu4han hatinya pada ruangan kapsyen posting tersebut menceritakan momen-momen akhir dia bersama isterinya, Nabella Azman yang cukup meruntun jiwa.

Jelasnya, dia langsung tidak menyangka permintaan isterinya supaya disuapkan nasi akan menjadi kenangan terakhir antara dirinya dan wanita itu.

Eyjat menyangka pada malam itu Bella semakin pulih daripada s4kitnya apabila berselera dan mahu makan banyak, malah minta untuk disuapkan nasi.

“Arw4h selera makan malam tu rupanya itulah makan terakhir dia.

“Dalam hati terdetik kata ‘isteri aku dah semakin sihat’ rupanya hanyalah untuk buat kita ingat dekat dia yang itu adalah perubahan diri dia yang kita tak nampak.

“Patut banyak kali arw4h tanya suapkan boleh?” tulis Eyjat.

Dalam video berdurasi 14 saat yang tular, kelihatan Eyjat menggaul nasi putih bersama lauk masak lemak ayam.

“Siap suap nasi,” kata Bella menunjukkan rasa terharunya sebelum Eyjat mencubit bahagian ayam lalu menyuap makanan tersebut ke mulutnya.

Dalam masa yang sama juga Bella sempat membuat rakaman video suaminya sedang menggaul dan menyuap nasi seperti yang diminta.

Menurut Eyjat yang menjaga isterinya bersama ibu, setelah selesai makan isterinya memberitahu mahu ke bilik mereka untuk berehat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Sekali lagi Eyjat tidak terfikir apa-apa, tetapi setelah kehilangan isterinya dia percaya wanita itu mahu meluangkan masa-masa terakhirnya dengan berada di bilik tidur mereka.

Kata Eyjat, isterinya men1ngg4l dvnia pada hari berikutnya setelah segala permintaannya ditunaikan.

“Lepas makan tu dia request nak masuk baring dekat dalam bilik kami sekejap sebab masa dia sakit tu kami duduk dalam bilik dekat dengan mak sebab senang mak nak pantau dia masa saya tak ada.

“Rupanya dia nak nikm4ti sisa kenangan dalam bilik tu untuk kali terakhir seolah-olah macam tahu itu adalah malam terakhir dia dalam bilik kami.

“Esoknya tepat pukul 2.10 petang Bella menghembvskan nafasnya yang terakhir di pangkuan, dalam pelvkan saya,” jelasnya.

Semakan mStar mendapati isterinya men1ngg4l dvnia disebabkan j4ngkitan kvman pada paru-paru.

Komen netizen pada video tular.

Hantaran yang dimuat naik di TikTok sehingga meraih hampir 1 juta tontonan ini mengundang sebak warga maya setelah disiarkan.

Ramai bersimpati dengan nasib menimpa Eyjat setelah kehilangan isterinya.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang mengenali Bella serta mengakui arw4h merupakan seorang yang baik hati.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*