Sharifah Husna Tampil Berhijab, Netizen Cair Tengok Cara Halim Radzi Puji Isteri ‘Bidadari Syurga’

Selepas bergelar pasangan suami isteri, pelakon, Halim Radzi dan Sharifah Husna kelihatan bertambah ‘sweet’ di media sosial.

Terbaru, Halim memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan dia memuji kecantikan isterinya yang mengenakan hijab tatkala berada di dalam kereta.

Menerusi rakaman video berdurasi 0:45 saat, pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa terpegun terhadap kecantikan yang dimiliki oleh isterinya. Bukan itu sahaja, Halim turut memberikan kata-kata romantis buat Husna. Husna yang dilihat tersipu-sipu malu mengatakan dirinya biasa sahaja, tetapi Halim meyakinkan bahawa kecantikan dimiliki isterinya adalah ‘luar biasa’.

Aduh cantiknya, ya Allah cantiknya. malu? Malu kenapa? Yelah sebab cantik, I tak puji pun tetap cantik. Haihh luar biasa cantik. Assalamualaikum bidadari syurga. Sayang sangat.

Video:

@halimradz

MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah 🤲🏼 @Sharifah Husna ♥️

♬ original sound – HALIM RADZI – HALIM RADZI

Di ruangan komen, pelakon drama ‘Jangan Men4ngis Cinta’ itu mengucapkan terima kasih atas doa dititipkan orang ramai sempena perkahwinannya yang berlangsung minggu lalu.

MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*